Laws

29/11/2011
Pengislaman dan pendaftaran memeluk Islam di Sarawak tertakluk kepada Ordinan Majilis Islam Sarawak, 2001 seperti di bawah :

Kehendak-kehendak bagi, dan kesannya, memeluk agama Islam 
68. – (1) Seseorang yang bukan Islam ingin memeluk agama Islam hendaklah mematuhi kehendak yang perlu mengikut Undang-Undang Islam bagi pemelukan sah agama Islam. 
(2) Seseorang terus memeluk agama Islam dan menjadi orang Islam sebaik sahaja dia memenuhi kehendak di bawah subseksyen (1). 

Keupayaan untuk memeluk agama Islam. 
69. Bagi maksud Bahagian ini, seseorang yang bukan Islam boleh memeluk agama Islam jika dia sempurna akal dan – 
(a) sudah mencapai umur lapan belas tahun; atau 
(b) jika dia mencapai umur lapan belas tahun, ibu atau bapa atau penjaganya mengizinkan pemelukan agama Islam olehnya.
 
Pelantikan Pendaftar Pemeluk Agama Islam 
70. – (1) Pengarah Jabatan Agama Islam Negeri hendaklah menjadi Pendaftar Pemeluk Agama Islam yang hendaklah menyenggarakan suatu Daftar dalam bentuk yang ditetapkan untuk pendaftaran akan orang-orang yang memeluk agama Islam.
(2) Pendaftar Pemeluk Agama Islam hendaklah memberi tiap-tiap orang yang pemelukan agama Islam olehnya telah didaftarkan suatu Kad Perakuan memeluk agama Islam dalam apa-apa bentuk yang ditetapkan dalam kaedah-kaedah yang dibuat di bawah Ordinan ini dan Kad Perakuan itu hendaklah menjadi bukti muktamad tentang fakta-fakta yang dinyatakan di dalamnya.